our anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

mom

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, November 19, 2011

tips....

Petua kempiskan perut
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula 
dan diminum setiap hari. 
Sebaik-baiknya biarlah teh yang
diminum itu teh panas suam, 
kesannya lebih cepat. 
Amalkan meminum air ini dan
insya-Allah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis dan kemas semula. 
Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...

Mengatasi kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas 
bersama setengah cawan air hingg mengeluarkan lendir.
Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama 
dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. 
Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. 
Biar sebentar sebelum dibilas bersih, 
Lakukan seminggu sekali.


Tumit Pecah-Pecah
Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, 
sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit
garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, 
Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih
dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam
pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata.
Kemudian cuci kaki hingga bersih. 
Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.

No comments: