our anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

mom

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 11, 2011

ombak rindu.. bayaran tak setimpal???

Kehebatan yang ada pada filem Ombak rindu tidak perlu disangkal lagi apabila berjaya mendapat kutipan 4 juta dalam masa 4 hari. Pemilihan novel ini sememangnya pilihan yang tepat kerana Ombak rindu yang diterbitkan oleh Alaf 21 telah dicetak semula sebanyak 23 kali sejak tahun 2000. Dibarisi oleh pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan maya Karin pasti memerlukan pelaburan yang banyak dari pihak penerbit Tarantella yang dipelopori pengarah ternama Sharad Shadan selaku penerbit filem ini.



Bermula dengan isu penulis asal novel Ombak Rindu Fauziah Ashari yang ditemui ketika sidang media yang lepas agak kecewa dengan pihak produksi kerana tidak memanggil penulis untuk sama-sama menyertai produksi ini sebagai penasihat skrip hatta penulis skrip.Ini kerana, selaku pemilik idea asal, mereka lebih mengetahui isi dan memahami jalan cerita novel itu sendiri.




Kini isu bayaran tidak setimpal telah disuarakan oleh penulis novel yang mengatakan bahawa bayaran yang diterima cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik dari Johor ke Kuala Lumpur dek kerana sokongan padu untuk filem Ombak Rindu ini.

Tiada apa yang tinggal. Kata Fauziah lagi " tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa surihani " Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah". Itu juga merupakan ayat yang ada di novel." Ujar penulis.




Sumber http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/12/bayaran-penulis-novel-ombak-rindu-tak.html#ixzz1gIeF3TJw



sambungan :




Selepas berterus-terang kecewa dengan garapan Osman Ali, si penulis muncul dengan kenyataan baru. Dalam laporan sebuah akhbar Rabu lalu, Fauziah mengatakan dia kecewa kerana tidak mendapat bayaran setimpal.  Dakwa Fauziah, bayaran yang diterimanya sangat sedikit. Hanya cukup untuk tambang ulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Bukan itu, Fauziah juga seolah-olah menyalahkan pihak penerbit, Alaf 21, kerana berpendapat perjanjian atau kontrak yang ditandatangani ‘memakan diri’ penulis atau berat sebelah. 


Satu sidang media telah diadakan oleh pihak Alaf 21 bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh penulis novel  bersuara lantang itu. Jelas Pengarah Urusan Alaf 21, Dato’ Hussamuddin Hj. Yaakob, Fauziah sebenar tidak faham dengan perjanjian yang telah ditandatangani. Jelas Hussamuddin, pihaknya tampil membuat kenyataan kerana tidak mahu pihak luar mempunyai persepsi negatif terhadap Alaf 21.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa kami adalah penerbit novel tersebut. Oleh itu, kami sama sekali tidak terlibat dengan pembikinan filem. Kalau Fauziah rasa kami ada mengaut keuntungan daripada penerbitan filem ini, dia silap. Kami hanya menerima bayaran berjumlah RM4,000 daripada Tarantella Pictures dan 40 peratus  (RM1,600) daripada bayaran itu telah diserahkan kepada Fauziah.  Memang kami tidak letakkan harga yang tinggi kepada produksi filem kerana kami percaya jika filem ini mendapat sambutan hangat, ia pasti membantu penjualan novel juga.

Untuk makluman semua, setakat hari ini Fauziah telah menerima bayaran royalti sebanyak RM291,845.09, dan seandainya cetakan terbaru berjumlah 40,000 naskah habis dijual, dia akan menerima sebanyak RM50,000 lagi. Jadi, mengapa harus Fauziah berasa tidak puas hati?


Sebagai penerbit novel, kami juga mengharapkan keuntungan daripada penjualan novel. Bukan daripada filem. Fauziah seharusnya faham dengan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini. Sebagai penerbit, Alaf 21 punya hak untuk uruskan naskah novel sekiranya ia mahu diadaptasi ke pementasan teater, filem dan sebagainya,” ujar Hussamuddin.

Ditanya mengapa Alaf 21 meletakkan harga yang rendah kepada Tarantella Pictures, Hussamuddin memberitahu ketika urusan pembelian hakcipta Ombak Rindu dilakukan pada tahun 2009, memang tidak ada mana-mana pihak yang mahu membeli sebuah karya novel dengan harga yang tinggi. Tarantella adalah pihak pertama yang datang kepada Alaf 21.


“Bagi kami harga yang ditawarkan tidak menjadi masalah kerana kami faham mereka juga perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menerbitkan sebuah filem. Macam yang saya katakan tadi, kami bersetuju dengan harga itu kerana kami percaya ia akan membantu jualan novel seandainya filem ini mendapat sambutan hangat. Ini terbukti dengan situasi terkini. 20,000 naskah cetakan terbaru telah pun habis dijual. Dengan penjelasan ini, saya harap Fauziah dan pihak-pihak di luar sana faham dengan situasi sebenar. Kalau Fauziah masih tidak yakin dengan jumlah jualan yang kami umumkan, dia boleh datang buat audit. Saya tidak kisah kerana kami mengamalkan perniagaan yang telus dan terbuka,” ulas Hussamuddin lagi.

Penulis Ombak Rindu (Bertudung)
Dalam masa yang sama, Hussamuddin juga menafikan Alaf 21 akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fauziah.  Bahkan, Alaf 21 juga tidak akan menganaktirikan Fauziah.  Jelas beliau, Fauziah masih boleh menghantar karyanya seperti sebelum ini. Bagaimanapun, beliau mengharapkan Fauziah memahami situasi sebenar dan tidak terus-terusan mengeluarkan kenyataan tidak berasas.

sumber: gua.com.my

No comments: